Salam...dah lama tak menaip...tak ada benda dan tak ada masa.
Aku nak paparkan sedikit persekitaran umah aku di Taman Pekaka.Taman ini mula dibuka pada hujung tahun 1998. Maknanya dah lebih sepuluh tahun aku menetap di Taman ini.Aku merupakan salah sorang penghuni taman yang awal berpindah ke sini. Pada asalnya taman ini tak le berapa sibuk macam la ni. Terbukanya taman ini mungkin kerana adanya salah sebuah pusat pengajian tinggi yang didirikan dikawasan ini. IPT itu ialah USM kampus kejuruteraan. Kampus ni betul-betul di depan umah aku. Mulanya taman aku ni kebanyakkannya dihuni oleh staf USM tapi skarang dah depa dah mula pindah umah sendiri yang dibeli sekitar Parit Buntar dan Nibung Tebal. Aku rasa sonok gak tinggal di taman ini,maklumlah cam-cam ada tak macam kampung aku. Di sini aku paparkan sikit gambar apa yang ada di sebelah, di depan dan di belakang umah aku yang tak seberapa ni...Kepada sesiapa yang sudi, jemput le datang. Makan no hal sebab kedai makan keliling umah ada.
ooo..dh update ek blog...
ReplyDeletehehe...
akak nie...