Semalam 13 September aku bersama isteri ke Gopeng, Perak menziarahi ibu mentua Encik Ali yang telah kembali ke rahmatullah. Ketika di sana aku dapt panggilan daripada encik Mahyuddin bertanyakan betul ke cikgu Zainuddin kemalangan.Aku bagitau aku tak tau dan aku mitak cikgu Mahyuddin tolong confimkan. Setelah 5 minit lebih kurang cikgu Mahyuddin helo balik dan confim kejadian tersebut.Aku juga dapat panggilan dari Mat Ayam...confim cikgu Zainuddin kemalangan bersama isterinya yang tersayang.Maklumat yang aku dapat daripada kedua-dua mereka isteri cikgu Zainuddin terkorban...Qaluinnalillahhiwainnahirajiun.Cikgu Mahyuddin bagitau yang cikgu Zainuddin dihantar ke hospital Taiping.Aku bergegas pulang untuk singgah di hospital Taiping.Bermacam perkara yang aku fikirkan semasa perjalanan...
Aku tiba di spital Taiping lebih kurang jam 5.30 ptg. Terus aku bertanya kepada seorang kakitangan hospital.Katanya cikgu Zainuddin masih di bilik kecemasan...dengan hati yang berdebar aku masuk menemuinya. Alhamdulillah, cikgu Zainuddin masih sedar dan boleh berbicara dengan aku.Dia bagitau bahawa dia tidak dapat mengelak drpd dilanggar oleh kereta iswara yang secara melulu menuju ke arah kereta beliau.Dia juga bagitau aku..."Chot, pempuan aku dah meninggal"...sedih sungguh aku rasa dan tanpa diduga aku menangis.Cuma aku berpesan supaya beliau banyak bersabar...
Kepada sahabatku,didoakan semoga cepat sembuh dan bersabarlah menerima ujian daripada Allah ini walaupun ianya satu ujian yang amat berat sekali.Mungkin di sebalik kejadian ini ada sesuatu hikmah yang tidak kita ketahui.Buat allahyarhamah didoakan semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman...amin.Aku letakkan gambar kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut. Tima kasih Cikgu Halim.




