Sabda Rasulullah SAW;Jika seseoang wanita mengerjakan solat lima waktu,bepuasa pada ramadan,menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu kehendaki. (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani).
Isteri yang taat juga adalah yang tidak bepuasa sunat tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya tanpa kebenaran suaminya terlebih dulu.Isteri juga tidak berinfak, atau bersedekah dan memberikan harta hasil pencarian suaminya kepada sesiapa tanpa izinnya.
Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan yang dilakukannya tidak akan terangkat ke langit sehingga suaminya reda, dan memaafkannya. Sabda Rasulullah SAW: Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak akan diangkat kebaikannya ke langit iaitu hamba sahaya yang lari daripada tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya, wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seseorang pemabuk sehingga ia sedar. Kesabaran dan ketabahan isteri yang sanggup mentaati suami ketika ia benar dan sabar ketika dimarahi suami yang salah kerana tidak mentaati perintahnya akan diberikan pahala oleh Allah.Isteri yang taat kepada suami adalah wanita yang tidak ingkar terhadap perintah Allah dan Rasulnya.
Segala bentuk larangan adalah semata-mata untuk menjaga keharmonian rumahtangga supaya sentiasa sarat dengan kasih sayang dan tidak diganggu oleh anasir yang boleh meruntuhkan kebahagian dibina hanya kerana kejahilan isteri terhadap hukum agama.
Apa jua kekurangan dan kelemahan suami tidak menjadi halangan untuk isteri yang sedar dengan petunjuk agama terus bebakti dalam rumahtangga.Semuanya untuk mendapat suami dan akhirnya menjadi keredaan Allah...
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)